
Tiada nikmat yang besar selepas nikmat IMAN, melainkan nikmat SIHAT dan nikmat MASA LAPANG.
Dua nikmat itulah yang selalu disesali setelah kedua-duanya berlalu pergi, walau telah diingatkan berkali-kali.
Langkah pertama untuk hargai nikmat SIHAT ini adalah dengan ambil tahu dan jadi orang yang berilmu tentang KESIHATAN.
Kata kuncinya – PERLU ADA ILMU.
Dengan itulah kami pihak USihat ini hadir untuk beri penerangan dan ilmu berkaitan kesihatan dengan konsisten dan amanah.
Kami sentiasa memastikan ilmu dan maklumat kesihatan yang disampaikan adalah ILMU yang benar, bukan sekadar hype dan falasi semata, atau untuk mengaut keuntungan laba sahaja.
Oleh itu, doakan kami, akan berjaya menjadi manusia yang bermanfaat dengan wadah USihat ini.
